Contact Us

Contact Us
Showing posts with label Resepi Makanan Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Resepi Makanan Anak-anak. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

Buku Idea Bekal ke Sekolah - Menu Asia


Lai..lai..lai... 
Ada ibu yang suka buat bekal anak ke tadika, taska mahupun sekolah? Dah kehabisan idea nak masak apa? Buku ini mungkin membantu anda deco bekal makanan anak anda.
Digunakan untuk cari idea anak yang sukar nak makan pun boleh. Tambat hati anak dengan deco makanan yang super comel. Anak tentu berselera! Pasti ia menjadi kenangan semasa kecil anak nanti. Maknya rajin deco makanan untuk dia dahulu.
Dalam buku ini ada 44 resepi menu asia!
Harga murah saja RM 15 (poslaju SM: RM7)

Nak lihat antara content buku ini?

--------------------------------------------

 

 

Monday, 9 December 2013

Homemade Nugget.



Kali ini kami nak sharekan satu resepi yang sesuai untuk anak-anak. Pasti mereka suka! Tak perlu lagi susah beli nugget di pasaraya yang banyak pewarna dan bahan pengawetnya.Jom kita mulakan resepinya.




Bahan-bahan.
1/2 kg isi ayam - (isi shj, tulang x perlu) *
5 keping roti sandwich (direndam dalam air kosong hingga kembang) *
1 biji telur *
1@2 ulas bawang putih *
2 sudu besar minyak bijan *
1 sudu kecil gula (bagi menggantikan serbuk perasa)*
1 sudu besar garam (ikut kadar masin yg sesuai) *
1 sudu besar serbuk lada putih *
tepung gandum secukupnya
serbuk roti secukupnya
telur utk salutan nugget
Cara-cara
masukkan semua bahan * ke dalam blender. kisar hingga lumat.
masukkan semua adunan dalam satu loyang.
kukus selama 10 minit. setelah itu potong panjang2 @ guna cookies cutter utk bentuk yg lbh menarik.
guling2kan kedalam tepung gandum hingga sekata
celup kedalam telur
guling2kan ke dalam serbuk roti
simpan dalam freezer @ bolehlah terus digoreng. Selamat mencoba... insyaAllah....halallan toiyiba

sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/15390
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------