Contact Us

Contact Us

Sunday, 12 January 2014

Kelebihan Kanak-Kanak Bermain Puzzle

8 KELEBIHAN KANAK-KANAK BERMAIN PUZZLE :

1- Mengaktif, meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna.

2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan2 kecil puzzle.

3- Melatih pemikiran logik.

4- Melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika menyelesaikan puzzle.

5- Meningkat pengetahuan tentang bentuk dan ruang dgn meneliti kepingan dan bentuk2 puzzle.

6- Meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa berbual dengan anak2 dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama.

7- Melatih kanak2 berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut.

8- Puzzle juga boleh digunakan sebagai alat bantuan pendidikan untuk mengenal Huruf Al-Quran, nombor, warna, dan huruf abc.


Petua Hilangkan Selsema Untuk Bayi


 Amalkan petua untuk menghilangkan selesema di kalangan bayi. Mungkin anda boleh cuba petua ini, mana tahu ia serasi dengan bayi anda.

1. Guna kapur sirih dengan kunyit. Ambil kunyit hidup dan digesekkan dengan kapur makan. Sapu sepanjang batang hidung bayi.

2. Madu membantu mengeringkan kahak. Campurkan madu dengan susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

3. Daun sirih juga boleh digunakan untuk tujuan ini. Ambil beberapa helai daun sirih, ramas atau tekan menggunakan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Kredit: PA&MA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------