Contact Us

Contact Us

Tuesday 28 October 2014

Adakah Si Kecil Berbohong? - 5 Tips mengesan sama ada anak kecil berbohong atau tidak.


1. Perubahan raut wajah.
  •  Raut wajah atau ekspresi wajah si anak yang kelihatan seperti tidak tenang boleh memberi isyarat dia menyembunyikan sesuatu daripada anda. Ekspresi wajahnya serta pergerakan tubuhnya seperti hidung yang kembang kempis atau sering menggosok keningnya boleh meberi isyarat yang paling hampir menandakan dia sedang berbohong.
2. Banyak cakap.
  • Si kecil yang berbohong selalunya akan berada dalam keadaan serba tidak kena dan gelisah. Ketika mereka berbohong, mereka akan cuba bercakap leboh banyak berbanding biasa. Anda boleh melihat jelas perbezaannya itu.
3. Kelainan nada suara.
  • Disebabkan dia tahu bahawa berbohong adalah tidak baik, jadi mereka akan berbohong dengan nada suara yang agak rendah. Cara meraka bercakap juga memang berbeza daripada kebiasaan.
4. Berulang-ulang
  • Si manja akan mengulang perkara yang diceritakannya secara berulang-ulang kali agar mamam memepercayainya.
5.Pendiam
  • Si manja sukar menjelaskan perasaannya kepada anda. Mungkin dia berasa dalam keadaan dilema sama ada perlu jujur atau sebaliknya. Akhirnya, mereka mengambil keputusam untuk berdiam diri.

Kredit: Majalah Pa&Ma

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------