Contact Us

Contact Us

Wednesday 22 October 2014

Stres Punca Susu Sedikit?

JAWAPAN:
Tertekan? Jangan bimbang kerana ia tidak menyebabkan kuantiti susu iby berkurang. Namun, jika anda berasa tertekan dan letih serta pada masa yang sama memikirkan susu anda berkurangan akibat tertekanan, ia akan menjadi benar! Ini kerana apa yang anda fikirkan akan mempengaruhi produksi susu anda. Keadaan menjadi lebihbermasalah apabila anda juga semakin kurang menyusukan bayi atau menyusukan bayi dalam tempoh yang singkat.

 Payudara ibu menghasilkan susu mengikut keperluan bayi. Jadi, jika penyusuan terganggu dan bayi tidak menyusu dengan cukup, penghasilan susu akan berkurang. Cuba susukan bayi sekerap dan selama mungkin bagi meningkatkan bekalan susu. Melahirkan anak buat kali pertama boleh jadi sesuatu yang memenatkan dan tertekan memandangkan anda juga baru belajar. Apapun susukan bayi dengan gembira, anda akan berasa lebih tenang dan penyusuan berjalan lancar.

Sumber: Majalah Ma&Pa

---------------------------------

DAPATKAN BARANGAN KEPERLUAN DAN BANTUAN MENYUSU DI WWW.HAPPYKIDSHOPPE.COM

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------