Ayuh kenal maksud disebalik tangisan bayi anda. Ini penting untuk memastikan anda tahu apakah keperluan dan kehendak bayi anda. Ada 5 bunyi tangisan rutin yang dapat dikenal pasti menggunakan kaedah Dunstan Baby Language iaitu:
- "Neh": Bayi anda sedang kelaparan. Bunti ini dihasilkan akibat 'sucking reflex'.
- "Heh":Bayi sedang tidak selesa. Mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk, lampin bayi penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindak balas kerengasaan terhadap kulit.
- "Owh": Bayi mengantuk dan ingin ditidurkan. Terhasil akibat refleks menguap (yawning reflex).
- "Eh": Bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cuba menolak keluar angin.
- "Eairh": Bunyi yang mewakili kembung perut. Terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi
Kredit: Majalah Pa&Ma
Foto: Google